Lagu Kanak-kanak - Nama Nama Hari Mp3
Mp3-Codes.com

Ahad, 22 April 2012

Rizki 6 thn...



Halo kawan2. Tahun ini Rizki sekolah di sekolah tadika GeniusAulad at Subang Bistari. Rizki suka sangat sekolah di GeniusAulat. Rizki dapat kawan dan teacher baru. Rizki masuk kelas 6 Istanbul. Nama teacher Rizki teacher Nina. Teacher Nina sangat garang. Rizki berjanji akan berlajar ngan cemerlangnya.






Jumpa lagi...




Isnin, 16 Mei 2011

Thank You Teacher...

Selamat HAri guru....

Lagu Rizki...

Oh..cikgu Puspa,
Oh..cikgu Puspa,
Cikgu Puspa sangat cantik,
Pakai baju warna kuning,
Oh..cikgu Puspa,
I Love You...

Thank You Teacher.





Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...

Hari ni Rizki nak ucapkan sesuatu pada ibu. Maaf ibu Rizki terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu. Rizki sayang ibu selamanya. Ibu lah segala2nya dan jasa ibu tidak ternilai dengan wang ringgit. Sayang Ibu....muah...muah...muah...

Ahad, 24 April 2011

Rizki dah besar...


Hallo kawan2 semua. Rizki keudara. Lamanya x menjenguk blog Rizki. Bersawang sangat2. Ok la, hari Rizki nak menceritakan pasal tahun ni ibu menyengolahkan Rizki. Rizki sangat suka pergi sekolah. Dapat kawan baru, pakai baju baru, pakai seluar baru, pakai kasut baru dan dapat teacher sangat baik hati. Nama teacher Rizki ialah Puspa. Kawan2 macam mana, sok pergi kesekolah??

Muhammad Rizki yang bergaya.


Rizki dapat meja warna merah.


Ni la dia teacher Puspa.


Rizki sangat tekun berlaja.


Mudah2an Anak ibu kekal rajin berlajar sehingga bila2.






Jumaat, 17 September 2010

Tolong mengacaw Je...

Hai, 
Hari ni Rizki tolong ibu buat biskut raya. Rizki tolong mengacaw je. Kesian ibu, dah masuk seminggu raya, ibu masih lagi buat biskut raya. Nak tahu, ibu Rizki memang seorang ibu yang rajin dan suka mencuba apa saja masakan. Hari ini ibu buat bikut dahlia. Sedap taw.

Nampak sedap kan.

Khamis, 16 September 2010

Rizki Beraya....

Hai,
Lamanya Rizki xupdate blog ni. Ok, hari Rizki nak cerita suasana berhari raya bersama ibu, ayah, nenek, pakcik, makcin n sepupu Rizki. Tahun ni Rizki beraya di kampung nenek Pahang. Best taw, sebab Rizki dapat berjumpa ngan semua sepupu2 Rizki. Mereka semuanya baik2 taw. Ynag paling bestnya Rizki dapat banyak duit raya.


Selamat Hari Raya Semua....




Rabu, 25 Ogos 2010

::Jom minum bersama Rizki::



Hai,
Hari ini rizki nak bercerita tentang minuman kegemaran rizki. Minumam ini memang banyak khasiatnye. Jom tengok apa khasiat minuman milo ni...




Antaranya khasiat2nye:-

1. Kebaikan semula jadi malt, susu dan koko.
2. Hanya MILO® mengandungi Protomalt, ekstrak malt istimewa NestlĂ© dengan
campuran pelbagai jenis Karbohidrat yang membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.
3. Hanya MILO® yang mengandungi Actigen-E, gabungan lapan jenis vitamin dan
empat jenis mineral yang kaya magnesium dan tahap Vitamin B, Vitamin C dan
Kalsium yang dipertingkatkan bagi mengoptimumkan pengeluaran tenaga dari makanan.
4. Kaya dengan Protein bagi pembinaan dan pembaikan tisu badan. Secawan MILO mengandungi 3.5g Protein, iaitu 11% dari pengambilan Protein harian yang disyorkan untuk kanak-kanak berusia antara 7-9 tahun.
5. Kaya dengan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat; dan Magnesium bagi penyerapan Kalsium ke dalam badan dengan lebih baik.
6. Kaya dengan Zat Besi dan Vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah Vitamin C untuk penyerapan Zat Besi.
7. Khasiat seimbang bagi Protein, Lemak dan Karbohidrat.
8. Disahkan Halal.
9. Warisan MILO® yang dipercayai – khasiat yang boleh anda percayai bila-bila masa,
di mana - mana sahaja.


* Rizki sentiasa sihat dan cergas...